Dokumen undang-undang
Polisi Penggunaan Wajar
Dikemas kini: 12 Oktober 2026
1. Kenapa ada polisi ini
Kad digital dan servis kami tiada had tetap untuk bilangan tetamu. Supaya semuanya kekal laju dan selamat untuk semua pasangan, kami minta penggunaan yang wajar — iaitu penggunaan biasa untuk satu majlis — dan kami hadkan trafik automatik atau luar biasa.
2. Tetamu kad anda
Tetamu sebenar boleh buka kad, hantar RSVP dan ucapan tanpa had bilangan. Untuk menghalang spam, setiap sambungan internet ada had sejam bagi setiap kad:
- RSVP: 12 sejam
- Ucapan sahaja (contohnya dari kod QR di meja): 80 sejam
- Gambar dan video tetamu: 150 sejam
Had ini dikira bagi setiap sambungan, dan cukup besar untuk tetamu yang berkongsi Wi-Fi dewan atau rangkaian telefon yang sama.
3. Had setiap kad
- Sehingga 3 majlis, 8 baris atur cara dan 4 orang untuk dihubungi
- Galeri pasangan: sehingga 12 gambar, setiap satu tidak melebihi 5 MB
- Senarai tetamu: sehingga 800 tetamu
- Storan suara: 100 MB setiap kad, untuk ucapan suara (setiap satu sehingga 30 saat) dan lagu anda sendiri (sehingga 50 MB)
- Gambar dan video tetamu (dengan tambahan galeri atau montaj): 3 GB setiap kad; setiap gambar sehingga 20 MB dan setiap video sehingga 100 MB
- Butiran kad, ucapan dan media dipadam 30 hari selepas majlis
Satu kad untuk satu majlis perkahwinan atau acara — bukan untuk dijual semula atau digunakan untuk tujuan lain.
4. Pembantu AI
Pembantu AI boleh menjawab sehingga 20 mesej sejam dan 60 mesej sehari bagi setiap sambungan. Untuk soalan lain, sila hubungi kami terus.
5. Trafik automatik dan penyalahgunaan
Laman web ini mengehadkan permintaan yang terlalu banyak dari satu sambungan. Bot, skrip, pengikisan (scraping), ujian beban, penghantaran mesej beramai-ramai dan klik palsu tidak dibenarkan. Kami boleh melambatkan atau menyekat trafik sebegini, dan menggantung kad, link atau akaun yang digunakan untuk spam atau tujuan selain majlis. Paparan link di aplikasi seperti WhatsApp tetap dibenarkan.
Klik pada link rakan niaga yang dijana secara automatik atau tidak semula jadi tidak dikira, dan boleh menyebabkan akaun rakan niaga digantung.
6. Photobooth
“Cetakan tanpa had” bermaksud cetakan untuk tetamu anda sepanjang jam yang ditempah, di majlis anda — bukan cetakan pukal untuk dijual atau untuk pihak lain.
7. Perubahan dan ketersediaan
Kami boleh mengubah had ini dengan notis di halaman ini. Kami berusaha memastikan servis sentiasa tersedia, tetapi tidak dapat menjaminnya — lihat Terma & Syarat.
Lihat juga: Notis Privasi · Terma & Syarat · Polisi Bayaran Balik & Pembatalan